Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 26 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes baharu turun kepada tiga digit, dua kematian

SHAH ALAM, 27 OKT: Kes baharu Covid-19 turun kepada tiga digit apabila merekodkan 835 kes hari ini berbanding semalam 1,240 kes menjadikan jumlah keseluruhan 28,640.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah terus mencatat kes tertinggi Covid-19 apabila mencatatkan 410 kes diikuti Negeri Sembilan 155 kes manakala Selangor sebanyak 126 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 674 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 18,499.

Katanya dua lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah korban pandemik itu adalah 238.

“Setakat ini terdapat 89 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

 


Pengarang :