Foto yang diambil pada 7 Oktober 2020 menunjukkan jarum suntik pada ilustrasi Covid-19 di Toulouse, barat daya Perancis. Foto AFP
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: Malaysia catat 801 kes baharu, lapan kematian

SHAH ALAM, 28 OKT: Kes baharu Covid-19 dalam negara kekal tiga digit apabila merekodkan 801 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 29,441, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah terus menyumbang kes tertinggi wabak apabila mencatat 546 kes diikuti negeri di Lembah Klang sebanyak 103 kes.

“Dua kes import hari ini mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan seorang warganegara dan seorang bukan warganegara yang tiba dari Iran (Kuala Lumpur) dan Arab Saudi (Selangor),” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata seramai 573 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 19,072.

Katanya setakat ini terdapat 94 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 25 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Lapan lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah korban pandemik adalah 246,” katanya.


Pengarang :