Pengawal Keselamatan Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya Paramasivan Kupusamy, 58, memasang notis ‘Sekolah Ditutup’ susulan peningkatan kes Covid-19 di Daerah Petaling ketika tinjauan pada 12 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Petaling catat kes harian tertinggi

SHAH ALAM, 21 OKT: Petaling mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi di Selangor hari ini selepas 43 kes baharu dilaporkan.

Berdasarkan data Bilik Gerakan Negeri Selangor, daerah Sepang dan Gombak turut merekodkan angka tinggi dengan 16 serta 14 kes.

“Kuala Langat pula 11 kes, Hulu Langat dan Kuala Selangor masing-masing 10, Klang (sembilan) juga Hulu Selangor (tiga).

“Terdapat dua kes import iaitu jangkitan dari Nepal dan Emiriah Arab Bersatu menjadikan keselurahan kes negeri sebanyak 3,605,” menurut laporan itu.

Selain itu, sebanyak 67 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan keseluruhan sembuh 2,749.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan 732 kes baharu dengan 116 kes di Selangor.


Pengarang :