Orang ramai perlu patuh tatacara operasi piawai dengan menggunakan pelitup muka dan penjarakan fizikal di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Covid-19: Petaling, Klang rekod kes aktif tinggi

SHAH ALAM, 16 OKT: Petaling dan Klang merekodkan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan tinggi di Selangor setakat ini.

Menurut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Petaling mengumpul 245 kes yang boleh menjangkiti individu lain manakala Klang 108 kes.

“Kedua-dua daerah ini masih lagi mencatatkan peningkatan ketara manakala Sabak Bernam kekal sebagai daerah zon hijau. Amalkan norma baharu dengan berdisiplin,” kata agensi di Twitter.

Sementara itu, Hulu Langat mencatat 67 kes aktif diikuti Gombak (62), Kuala Langat (39), Sepang (17), Hulu Selangor (sembilan), Kuala Selangor (satu).

Hari ini, sebanyak 50 kes baharu Covid-19 direkodkan di Selangor berbanding 150 semalam dengan lapan daripadanya membabitkan kluster baharu dinamakan kluster Merbok. Secara keseluruhan, negeri ini mengumpul 3,014 kes.


Pengarang :