Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 25 Ogos 2020. Foto BERNAMA
SELANGOR

Covid-19: Selangor catat 32 kes, kluster baharu di kesan

SHAH ALAM, 2 OKT: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 32 hari ini berbanding 31 kes semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 15 daripada jumlah keseluruhan kes melibatkan individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Kluster Meru, Klang turut merekodkan 12 kes dan dua kes dikesan melibatkan saringan kontak rapat.

“Kementerian Kesihatan juga mengesan kluster baharu dikenali kluster Jelok yang merekodkan tiga kes,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Semalam 31 kes baharu dikesan di Selangor berbanding 13 kes pada 1 Oktober.

Malaysia merekodkan 317 kes baharu Covid-19 hari ini, tertinggi sejak penularan wabak di kesan di negara ini.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 12,088 dengan 1,735 daripadanya kes aktif.


Pengarang :