Anggota Bomba dan Penyelamat zon Petaling melakukan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa ketika tinjauan pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Covid-19: Selangor rekod 150 kes, dua kluster baharu dikesan

SHAH ALAM, 30 OKT: Selangor merekodkan 150 kes Covid-19 hari ini dengan kesemuanya membabitkan penularan tempatan menjadikan keseluruhan 4,645.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan daripada jumlah itu 76 kes dikesan menerusi kluster baharu iaitu kluster Merpati dan kluster Astaka.

“Sebanyak 40 kes daripada kluster-kluster sedia, 22 saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 12 lagi melalui lain-lain saringan,” menurut STFC di Facebook.

Data Bilik Gerakan Negeri Selangor pula menunjukkan Petaling mencatat kes aktif tertinggi iaitu 383 diikuti Hulu Langat (243), Sepang (234), Klang (119), Gombak (100), Kuala Langat (91), Kuala Selangor (16), Hulu Selangor (tujuh) dan Sabak Bernam (dua).

Enam zon di negeri ini masih berstatus merah meliputi Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Sepang dan Kuala Langat manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada dalam zon kuning.

Setakat 12 tengah hari tadi, seramai 57 pesakit pulih dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 3,421 manakala angka korban kekal 26 orang.

Hari ini, sebanyak 799 kes Covid-19 dilaporkan dalam negara dan tiga kematian.


Pengarang :