Orang ramai patuh menggunakan pelitup muka selepas Kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka di tempat awam dan sesak bagi mengawal penularan Covid-19. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Patuh SOP untuk kebaikan bersama, elak penularan wabak

SHAH ALAM, 28 OKT: Pematuhan terhadap tatacara operasi piawai (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan hanya kerana mahu mengelakkan diri daripada dikompaun semata-mata, kata EXCO kerajaan tempatan.

Sebaliknya, Ng Sze Han berkata langkah tersebut adalah tanggungjawab perlu dilakukan setiap individu bagi mencegah diri daripada mendapat jangkitan Covid-19.

“Kepatuhan itu sepatutnya lebih baik dalam kalangan masyarakat kerana kita mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, pada masa sama Selangor juga menjadi hab ekonomi utama yang membolehkan risiko penularan wabak Covid-19 lebih tinggi berbanding kawasan lain.

“Orang awam khususnya warga Selangor dinasihati supaya biasakan diri dengan SOP demi keselamatan,” katanya  kepada SelangorKini berhubung kenyataan menteri kanan bahawa penduduk Kuala Lumpur dan Selangor antara paling ramai dikompaun kerana melanggar SOP.

Semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi membabitkan 229 individu, diikuti Selangor (162) dan Perak (94).

Kesalahan paling banyak adalah kegagalan memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di tempat awam.


Pengarang :