Sekinchan menawarkan pelbagai produk pelancongan menarik seperti makanan laut, pemandangan sawah padi dan produk industri kecil dan sederhana. Foto SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Giat kempen `Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ – EXCO

SHAH ALAM, 28 OKT: Kerajaan Negeri mempergiatkan promosi pelancongan `Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ menjelang 2021.

EXCO pelancongan Hee Loy Sian berkata pemulihan sektor itu memfokuskan usaha menarik pengunjung domestik menerusi pelancongan eko, agro, sukan, perubatan, pelancongan dan industri.

“Tourism Selangor meningkatkan kempen pengiklanan dan promosi melalui media sosial selain menggunakan teknologi realiti maya bagi memudahkan pelancong memperoleh maklumat destinasi menarik dengan pantas serta tepat.

“Kerjasama turut diadakan melibatkan hotel, agensi pelancongan, media dan syarikat penerbangan untuk menganjur pakej pelancongan bersepadu di sembilan daerah negeri ini,” katanya kepada SelangorKini.


Selangor menyasarkan lapan juta pelancong dengan pendapatan RM15 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia namun terjejas susulan penularan Covid-19.

Pada 13 Julai, Kerajaan Negeri menyalurkan insentif khas RM1,000 kepada pekerja sektor pelancongan di negeri ini yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan sekali bayar berjumlah RM600,000 meliputi pemandu pelancong, pengusaha inap desa dan hos komuniti.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyalurkan subsidi baucar pelancongan bagi hotel, taman tema dan inap desa berlesen dalam kawasan pihak berkuasa tempatan berjumlah RM2 juta.


Pengarang :