AGENSISELANGOR

Hanya lapan kawasan masih belum terima air sepenuhnya

SHAH ALAM, 17 OKT: Gangguan air seluruh Kuala Langat pulih sepenuhnya pagi ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Menerusi kenyataan, agensi berkata 84 peratus kawasan sekitar Shah Alam dan Klang juga sudah menerima bekalan air bersih setakat jam 10 pagi tadi.

“Jalan Raja Nong, Kampung Pulau Indah, Kampung Teluk Gong, Perindustrian Pulau Indah Fasa 2, Pulau Ketam, Taman Berjaya Kampung Jawa, Taman Sentosa dan Taman Seri Andalas masih dalam proses pemulihan.

“Air Selangor berusaha menstabilkan sistem agihan ke kawasan ini dan dijangka pulih sepenuhnya pada 3 petang,” katanya.

Semalam, pengguna 59 kawasan melibatkan tiga wilayah terbabit mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan paip pecah di Seksyen U11 di sini.

Insiden berpunca daripada tambakan tanah di atas paip oleh pihak ketiga menyebabkan tekanan berlebihan di kawasan pembinaan Worldwide di situ.


Pengarang :