Skuad hoki wanita Selangor menduduki tempat kedua Piala Tun Abdul Razak 2020 selepas tewas 2-1 pada perlawanan akhir menentang Pahang pada 26 September lalu. Foto Facebook Persatuan Hoki Selangor
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Hoki wanita baiki kelemahan, tekad menang emas

SHAH ALAM, 2 OKT: Kegagalan mempertahankan kejuaraan Piala Tun Abdul Razak 2020 tidak melemahkan semangat skuad wanita hoki Selangor, sebaliknya ia menjadi pendorong bagi meraih emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor.

Jurulatih Ikmal Abdul Jabar berkata anak didiknya mempamer aksi cemerlang sepanjang kejohanan tetapi tewas 1-2 kepada Pahang dalam perlawanan akhir yang berlangsung 26 September lalu.

“Kita menjaringkan gol banyak dan tiada bolos pada peringkat kumpulan. Mungkin pemain sedikit terganggu pada perlawanan akhir menyebabkan lawan menghasilkan gol awal yang cuba kita kejar tetapi gagal.

“Kejohanan itu pengalaman baik untuk kita mengenal pasti kelemahan yang perlu dibaiki bagi menghadapi SUKMA,” katanya pada 28 September.

Pada SUKMA di Perak dua tahun lalu, skuad wanita Selangor menamatkan penantian 24 tahun pingat emas dengan menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan akhir.

SUKMA Johor 2020 yang ditangguh susulan penularan Covid-19 dijadual semula pada 2 hingga 10 April 2021 manakala Para Sukma pada 8 hingga 13 Mac 2021.

Selangor menyasar kutipan 45 pingat emas, 40 perak dan 40 gangsa.


Pengarang :