Selangorkini
Anggota polis dan tentera memeriksa penunggang motosikal yang melalui sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di Jalan Kuching pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDA NASIONAL

Individu ada surat majikan, pas pekerja perlu dilepaskan SJR – menteri

SHAH ALAM, 24 OKT: Individu yang mempunyai surat kebenaran majikan atau pas pekerja untuk ke tempat kerja perlu dilepaskan daripada Sekatan Jalan Raya (SJR), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Jelasnya, pekerja yang perlu berkhidmat di pejabat atau di rumah (work from home) hanya ditentukan oleh majikan sahaja, dan bukannya pihak polis yang bertugas di sekatan jalan raya.

“Bagi yang dibenarkan bekerja di pejabat, majikan akan mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah untuk bekerja atau mereka yang ada pas, jika tiada surat.

“Yang menentukan bukan anggota di sekatan jalan raya, maknanya tiada arahan yang boleh sekat mereka bekerja,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihak polis memerlukan pelepasan iaitu surat atau pas pekerja di sekatan jalan raya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan di beberapa buah negeri ketika ini.

“Saya harap perkara ini difahami dan tidak menimbulkan masalah,” katanya lagi.

Sebelum itu dilaporkan terdapat kekeliruan susulan ada individu diarahkan untuk berpatah balik ke rumah setelah melalui sekatan jalan raya untuk ke tempat kerja.


Pengarang :