Orang awam keluar dari Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves selepas menunaikan solat Jumaat pada 26 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGAMAAGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jais: Kekal patuh SOP, tiada kelonggaran ditarik semula

SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meminta orang awam untuk kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ketika berada di masjid dan surau selepas kes positif Covid-19 kembali meningkat kebelakangan ini.

Pengarahnya berkata semua arahan dikeluarkan sebelum ini masih terpakai dan pihaknya belum menarik balik sebarang kelonggaran.

“Buat masa ini belum ada apa-apa kelonggaran ditarik balik. Bagaimanapun Jais sedang memantau perkembangan kes-kes (Covid-19) di Selangor untuk sebarang keputusan baharu,” kata Mohd Shahzihan Ahmad ketika dihubungi.

Angka kes positif wabak kembali meningkat minggu ini kepada tiga angka dan kes paling ditinggi rekodkan semalam sebanyak 317.

Jais sebelum ini mengekalkan SOP yang meminta jemaah untuk berwuduk di rumah, membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka dan mendaftar kehadiran ketika menunaikan solat jemaah di surau dan masjid.


Pengarang :