AGENDANASIONAL

Jangkitan baharu Covid-19 menurun 649 kes, tiada kematian

SHAH ALAM, 29 OKT: Kes baharu Covid-19 menurun hari ini kepada 649 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30,090, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 642 adalah penularan dalam negara manakala tujuh lagi kes import membabitkan dua warganegara dan bakinya warga asing.

Katanya, sebanyak 685 pesakit sembuh menjadikan keseluruhan pulih sebanyak 19,757 dan tiada kes kematian baharu dilaporkan.

“Sebanyak 36 kes berkaitan kluster penjara dilaporkan hari ini iaitu 34 kes daripada kluster Tembok dan dua kes daripada kluster Penjara Reman,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata setakat jam 12 tengah hari tadi, seramai 685 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan keseluruhan pulih sebanyak 19,757.

Katanya, terdapat 106 kes positif dirawat di unit rawatan rapi dengan 23 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan dan tiada pertambahan kes kematian menjadikan angka korban pandemik kekal 246.


Pengarang :