ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri (kiri) meninjau kerja penggantian kabel elektrik yang dicuri dan dirosakkan sehingga menyebabkan lampu isyarat tidak berfungsi di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang pada 2 Oktober 2020. Foto Facebook Azmizam
ADNSELANGOR

Kabel elektrik dicuri, JKR diarah baiki lampu isyarat di Pelabuhan Klang

SHAH ALAM, 5 OKT: Wakil rakyat Pelabuhan Klang mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Klang membaiki kerosakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Tengku Badar susulan kecurian kabel elektrik baru-baru ini.

Azmizam Zaman Huri berkata agensi itu menggantikan keseluruhan kabel elektrik yang hilang bagi memastikan lampu isyarat di kawasan berkenaan kembali berfungsi.

“Semasa pemeriksaan dibuat, JKR mendapati kabel di kotak ‘feederpillar’ (pencawang elektrik) hilang dicuri dan dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kecurian berlaku semula, JKR Klang menggali lubang yang lebih dalam di bawah tanah untuk menanam kabel baharu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut meminta kerjasama masyarakat supaya melaporkan kepada polis jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan lampu dan perabot jalan.


Pengarang :