Seorang pekerja restoran membungkus makanan pelanggan pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar pusat bandar Shah Alam pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Kaji selidik: Pendapatan penduduk, peniaga terjejas akibat PKP

SHAH ALAM, 30 OKT: Pendapatan bulanan 36 peratus penduduk negeri ini terjejas selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 22 peratus peniaga terjejas, henti berniaga (lapan peratus) dan guna kaedah lain berjualan (14 peratus).

Beliau berkata sebanyak 22 peratus penduduk didapati membuat kerja sampingan sebagai peniaga, penjaja dan pemandu e-panggilan

“Sebanyak 65 daripada 22 peratus ini melakukan kerja sampingan kerana pendapatan yang tidak mencukupi,” katanya pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Kaji selidik itu dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) membabitkan 1,100 respondan.

Selain itu, Amirudin berkata sebanyak 72 peratus penduduk pangsapuri dan rumah teres setingkat terutama golongan muda antara 20 hingga 34 tahun tertekan kerana pendapatan terjejas.

“Sebanyak 56 peratus rakyat Selangor merasakan terbeban dengan pembelian pelitup muka dan cecair pembasmi kuman,” katanya.


Pengarang :