PBTSELANGOR

Kaunter MBSA beroperasi sepanjang PKPB kecuali hari minggu, cuti umum

SHAH ALAM, 24 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka perkhidmatan kaunter setiap hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali pada Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata operasi merangkumi kaunter utama di tingkat G dan kaunter pandu lalu di Wisma MBSA.

Katanya, operasi juga melibatkan kaunter jabatan, pusat setempat dan pejabat cawangan di Sungai Buloh, Kota Kemuning dan Setia Alam.

“Pengoperasian kaunter MBSA ini mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan seperti penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman serta pengambilan suhu badan,” katanya dalam kenyataan.

Berikut waktu operasi kaunter:

1. Kaunter utama tingkat G, Wisma MBSA
-Isnin hingga Khamis (7.30 pagi-5.30 petang)
-Jumaat (7.30 pagi-5.30 petang) (Rehat 12.15 tengah hari-2.45 petang)

2. Kaunter jabatan,  pandu lalu, pusat setempat dan pejabat cawangan
-Isnin hingga Khamis (8 pagi-4.30 petang) (Rehat 1-2 petang)
-Jumaat (8 pagi-4.30 petang) (Rehat 12.15 tengah hari-2.45 petang).


Pengarang :