Seorang penunggang basikal cuba melintasi kawasan jalan yang ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berdekatan di Little India, Klang pada 10 April 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kedai makan, gerai dan warung dibenar 6 pagi sehingga 10 malam

SHAH ALAM, 8 OKT: Operasi kedai makan, gerai dan warung dibenarkan beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata waktu operasi dihadkan dari jam 6 pagi sehingga 10 malam sahaja.

“Kebenaran operasi ini hanya untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran dan pesanan bawa pulang,” katanya hari ini.

Kerajaan memutuskan PKPB dikuatkuasa di mukim Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.


Pengarang :