Tinjauan di Sungai Semenyih, Dengkil yang tercemar hingga menyebabkan LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas pada 5 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerajaan ambil beberapa langkah tangani isu pencemaran air

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Negeri mengambil beberapa langkah tambahan bagi menyelesaikan isu pencemaran air mentah yang kerap berlaku di Sungai Selangor dan Sungai Langat sehingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu termasuk penguatkuasaan lebih tegas bagi memastikan rumah dan kilang haram berhampiran tebing sungai dirobohkan.

Katanya, langkah itu rentetan rumah dan kilang berkenaan berpotensi mencemarkan sungai di negeri ini.

Langkah lain merangkumi:

– Pemerkasaan pemantauan lembangan sungai melalui pengawasan dan penggunaan dron, pengurusan data serta analisis kecerdasan buatan
– Penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau dan memastikan air sungai tidak dicemari dengan bahan kimia atau sampah sarap
– Menyegerakan cadangan pembangunan air mentah Sungai Rasau sebagai sumber air baharu
– Penubuhan Skuad Pantas Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi mengelak gangguan bekalan air


Pengarang :