Penduduk sekitar USJ 4/5 Subang Jaya yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan pencemaran Sungai Semenyih mendapatkan bekalan bagi kegunaan harian ketika tinjauan pada 6 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kerja ganti injap selesai, stabilkan agihan air di Kuala Selangor

SHAH ALAM, 13 OKT: Kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh selesai jam 3 petang hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata pihaknya kini dalam proses menstabilkan sistem agihan air untuk memastikan pengguna menerima bekalan mulai jam 6 petang, seperti yang dijadualkan.

“Seperti yang dimaklumkan, 28 kawasan di wilayah Kuala selangor dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 10 malam ini,” menurut kenyataan itu.

Hari ini, agensi berkata kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja penggantian injap LRA Sungai Sireh yang bermula jam 9 pagi hingga 6 petang ini.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini bekalan air, pengguna boleh layari laman sesawang agensi di www.airselangor.com dan saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.


Pengarang :