AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Kerja pembaikan paip pecah siap awal, bekalan air pulih

SHAH ALAM, 13 OKT: Gangguan bekalan bekalan air tidak berjadual membabitkan enam kawasan di sini dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata pengguna terjejas menerima air lebih awal berikutan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak Seksyen 24  selesai jam 12.35 tengah malam tadi.

“Bekalan air telah disalurkan semula ke semua kawasan terlibat dan pengguna terjejas dijangka terima sepenuhnya 9 pagi ini,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Bekalan air di Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 ditutup jam 9 malam tadi susulan paip pecah yang berpunca daripada pihak ketiga.

Agensi itu menjangkakan kerja pembaikan paip selesai jam 9 pagi ini dan pengguna menerima bekalan air sepenuhnya pada 3 petang ini.


Pengarang :