Kerja pembersihan dilakukan kontraktor Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sungai Jalan Station, Batu Arang berikutan kejadian banjir kilat yang berlaku pada 11 September 2020. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADN SELANGOR

Kerja pembersihan Sungai Jalan Station atasi masalah banjir

SHAH ALAM, 10 OKT: Kerja pembersihan kawasan Sungai Jalan Station, Batu Arang dijangka siap sepenuhnya minggu ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang berkata kontraktor dilantik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memulakan tugas bagi memastikan kejadian banjir tidak berulang di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya Batu Arang bukan kawasan tumpuan banjir tetapi kawasan anak sungai ditutupi rimbunan pokok kecil yang menyebabkan aliran air tersekat.

“Saya mengadakan lawatan selepas menerima aduan bagi mengenal pasti punca kepada masalah berlaku bulan lalu,” kata Chua Wei Kiat ketika dihubungi.

Pada 11 September lalu kejadian banjir kilat berlaku di Batu Arang disebabkan limpahan air yang tidak dapat mengalir dengan lancar berikutan hujan lebat.


Pengarang :