Pejalan kaki memakai pelitup muka melalui Jalan Takeshita iaitu kawasan tumpuan orang ramai untuk bersiar-siar ketika penularan Covid-19 di Tokyo, Jepun pada 29 Julai 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

Kes Covid-19 global melepasi 38 juta

NEW YORK, 14 OKT: Kes Covid-19 global sudah melepasi angka 38 juta pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut data Johns Hopkins University, jumlah kes global mencecah 38,006,121 dengan 1,083,875 kematian setakat 6.24 petang waktu tempatan (2224 GMT).

Amerika Syarikat melaporkan 7,850,829 kes dan 215,775 kematian, kedua-duanya tertinggi di dunia. India di tempat kedua dalam kes tertinggi dengan 7,175,880 kes dan Brazil ketiga sebanyak 5,103,408. Bagaimanapun, Brazil berada di kedudukan kedua tertinggi untuk jumlah korban iaitu 150,689 orang.

Ketiga-tiga negara berkenaan menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan kes global.

Negara dengan lebih 820,000 kes termasuk Rusia, Colombia, Argentina, Sepanyol, Peru dan Mexico manakala negara yang mencatatkan kematian melebihi 36,000 ialah India, Mexico, Britain dan Itali.

– BERNAMA


Pengarang :