recorded today with a cumulative number of deaths of 130 cases . –fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED
AGENDANASIONAL

KKM kesan empat kluster baharu babit beberapa daerah di Selangor

SHAH ALAM, 21 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat kluster baharu di beberapa daerah negeri ini membabitkan 55 kes positif Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Long di Hulu Langat mencatatkan 18 kes manakala kluster Cahaya di Petaling turut merekodkan angka sama.

“Dua kluster lagi adalah kluster Bah Kota di Sepang membabitkan 10 kes. Kluster Melati di Klang pula mengesan sembilan kes pandemik itu.

“Semua kes indeks empat kluster ini dikesan pada 12 hingga 16 Oktober. Mereka yang disahkan positif kini dirawat di Hospital Sungai Buloh,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Menurutnya, sehingga 12 tengah hari tadi seramai 580 individu dari keempat-empat kluster sudah menjalani saringan.


Pengarang :