Anggota Bomba dan Penyelamat zon Petaling melakukan melakukan sanitasi di Pangsapuri Damansara Bistari bagi mengekang daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat jumlah kes semasa ketika tinjauan pada 14 Oktober 2020. Foto: BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

KKM: Selangor catat 150 kes Covid-19 hari ini

SHAH ALAM, 15 OKT:  Sebanyak 150 kes Covid-19 dilaporkan di Selangor hari ini iaitu jumlah kedua tertinggi selepas Sabah, kata ketua pengarah  kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan daripada jumlah itu sebanyak 125 kes Covid-19 adalah daripada kluster sedia ada dan 13 kes daripada saringan kontak rapat kes.

“Sembilan kes saringan individu bergejala termasuk empat kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah dan tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19,” kata beliau dalam sidang media secara maya.

Beliau berkata seramai 50 pesakit Covid-19 di Selangor sembuh daripada wabak itu  dan dibenarkan keluar hospital.

Secara keseluruhan sebanyak 589 kes baharu Covid-19 dicatatkan di Malaysia menjadikan kesemuanya 18,129 dan pertambahan tiga kes kematian menjadikan jumlah keseluruhan korban 170.


Pengarang :