Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media berkenaan Op Bersepadu Khazanah di ibu negara pada 19 Ogos 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KPN negatif Covid-19, jalani kuarantin kendiri 14 hari

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Sabtu lepas, disahkan negatif Covid-19 selepas membuat ujian swab semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Abdul Hamid yang ketika ini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya telah menjalani sebanyak lapan kali ujian swab Covid-19 dan ujian pengesanan berkenaan disahkan negatif,” katanya ringkas kepada Bernama.

Beliau juga berkata sepanjang tempoh beliau menjalani kuarantin kendiri itu, Timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pasukan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut hadir pada mesyuarat itu disahkan positif Covid-19 dan beliau kini dirawat di hospital di Seremban.

– BERNAMA


Pengarang :