Anggota penguat kuasa MBSA mengeluarkan notis penutupan terhadap premis yang melanggar syarat dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu di sekitar Jalan Bukit Naga, Seksyen 32, Shah Alam pada 15 Oktober 2020. Foto MBSA
PBTSELANGOR

Langgar syarat MBSA, dua premis diarah tutup

SHAH ALAM, 16 OKT: Dua premis di Jalan Bukit Naga, Seksyen 32 di sini diarah tutup kerana didapati melanggar syarat dan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua bahagian korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkata arahan dibuat ketika pemeriksaan membabitkan sembilan premis perniagaan di kawasan berkenaan.

“Premis pertama disyaki dikendalikan oleh warga asing berikutan pemilik tiada di premis semasa pemeriksaan manakala premis kedua beroperasi tanpa lesen,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Menurut Shahrin lagi, sebanyak 13 kompaun dikeluarkan antaranya tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian dan UUK Establisyemen Makanan.

Selain itu, Shahrin berkata MBSA akan terus meningkatkan pemantauan dan kawalan di kawasan pentadbirannya sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ini bagi memastikan orang ramai mematuhi garis panduan dan tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.


Pengarang :