Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Masyarakat patuh larangan minum arak di taman awam – EXCO

SHAH ALAM, 1 OKT: Penduduk di negeri ini mematuhi peraturan larangan minum arak di taman awam seperti diumumkan Kerajaan Selangor sejak Julai lalu.

EXCO kerajaan tempatan berkata keadaan di kawasan tersebut seperti taman permainan dan rekreasi bertambah baik apabila pengunjung berasa lebih selamat serta selesa.

“Ini adalah fenomena yang baik, setakat ini tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan minum arak, oleh itu saya berharap supaya masyarakat terus patuh dengan undang-undang berkenaan.

“Selain itu, elakkan juga merokok dan menghisap vape (rokok elektrik),” kata Ng Sze Han ketika dihubungi SelangorKini.

Pada 14 Julai lalu, Selangor muncul negeri pertama di negara ini menguatkuasakan perintah larangan menghisap rokok dan vape serta meminum minuman keras di taman permainaan serta rekreasi.

Jika didapati terdapat individu melakukan kesalahan terbabit, mereka boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000 mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Taman 2005 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.


Pengarang :