Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB: Operasi restoran berkonsep bar dihad 11 malam 

SHAH ALAM, 2 OKT: Tempoh operasi semua restoran berkonsep bar di negeri ini dihad sehingga jam 11 malam berkuat kuasa esok.

Dato’ Menteri Besar berkata pemilik premis yang gagal mematuhi arahan berkenaan boleh dibatalkan lesen perniagaan serta-merta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu selari dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara yang kekal melarang operasi semua jenis kelab malam dan bar.

“Kita dapati daripada laporan polis di kawasan inilah berlakunya kesalahan dan pelanggaran SOP yang ditetap kementerian kesihatan” katanya melalui rakaman di Facebook malam ini.

Pada 17 Mei lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata premis hiburan seperti pub dan kelab malam masih tidak dibenar operasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jangkitan kes Covid-19 di Selangor naik dua kali ganda hari ini iaitu 31 berbanding 13 kes semalam. Negeri ini juga mencatat dua lagi kluster baharu iaitu Seri Setia di Gombak dan Seri Anggerik di Hulu Selangor.

Kes baharu di seluruh negara pula mencatatkan rekod kes harian tertinggi sejak penularan virus iaitu 287 berbanding 277 kes pada 4 Jun lalu.


Pengarang :