Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIPBTSELANGOR

MB permudah urusan peniaga tular disaman MBSA

SHAH ALAM, 10 OKT: Dato’ Menteri Besar akan membantu peniaga air minuman disaman Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang tular di media sosial.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau sudah menghubungi peniaga berkenaan bagi mengetahui kejadian itu dengan lebih lanjut.

“Saya telah menghubungi MBSA bagi membantu memudah cara urusan beliau untuk berniaga sekitar Shah Alam,” katanya di Twitter.

Semalam, pemilik Twitter @iszlqrn memuat naik video kawannya bernama Azri didatangi penguat kuasa MBSA dan disaman ketika berniaga air minuman secara jualan dari but kereta (car boot sale).

Beliau mendakwa Azri yang baharu setengah jam berniaga dan mendapat untung RM75 selepas menjual lima botol minuman dikenakan saman berjumlah RM300.


Pengarang :