Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin shari menyaksikan majlis menandantangani penajaan dan Sidang Media Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 13 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

MB: Saringan bersasar di masjid lapangan terbang Subang

SHAH ALAM, 13 OKT: Saringan bersasar di mukim Klang ditukar ke Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz (MLTSAA), Subang susulan peningkatan kes Covid-19 membabitkan jemaah.

Dato’ Menteri Besar berkata daerah Petaling lebih memerlukan saringan bersasar yang dilakukan Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate) atau Klinik Selcare.

“Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) sudah minta jemaah yang hadir (solat Jumaat pada 2 Oktober) buat saringan tapi tak dapat dikesan.

“Jadi saringan akan dibuat dalam masjid bagi memudahkan jemaah datang. Kita tidak mahu ada yang tertinggal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Penjanaan Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan (NCBL) 2021.

Jumaat lalu, Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan penangguhan sementara aktiviti di MLTSAA susulan seorang jemaah solat Jumaat pada 2 Oktober disahkan positif wabak.

Berdasarkan rekod, seramai 1,310 jemaah lain turut bersolat Jumaat pada tarikh itu.

Sebelum ini, saringan bersasar dilaksanakan di 16 Klinik Selcare bermula 4 hingga 11 Oktober dan kemudian tertumpu di mukim Klang selepas kawasan itu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 sehingga 23 Oktober.


Pengarang :