Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin shari mempamerkan jersi yang di taja Pusat Pakaian Hari-Hari sempena Majlis Tandatangani dan Sidang Media Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam pada 13 Oktober 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

MB seru syarikat korporat taja kejohanan sukan

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar menggalakkan syarikat-syarikat korporat tampil menaja sebarang kejohanan sukan kerana ia mampu mengukuhkan perpaduan komuniti.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata aktiviti sukan sememangnya menjadi platform menyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

“Penyertaan (penajaan) ini tak rugi walaupun kita tidak nampak roi (pulangan pelaburan) depan mata tetapi ia beri kesan besar terhadap perkembangan sihat komuniti dan masyarakat serta jenama itu sendiri.

“Kita harap mana-mana syarikat atau persendirian terus memberi sokongan (untuk perpaduan) dengan cara ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Pejanjian Kontrak Penjaaan Liga Bola Keranjang Komuniti Kebangsaan (NCBL) 2021 semalam.

Kejohanan yang dijangka berlangsung pada 9 Januari depan disertai 130 pasukan dan Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd menjadi penaja utama selepas menyumbangkan dana berjumlah RM60,000.

Juara keseluruhan liga akan membawa pulang Piala Kejuaraan Menteri Besar Selangor dan wang tunai RM5,000, tempat kedua serta ketiga masing-masing menerima RM2,500 dan RM1,500.


Pengarang :