Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penerima sumbangan sempena Majlis Sumbangan Kepada Surau-Surau Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di Surau Al Karimiah, Kampung Laksamana pada 13 Oktober 2020. Foto: Pejabat Dato’ Menteri Besar
BERITA UTAMASELANGOR

MB sumbang RM110,000 kepada 22 surau di DUN Sungai Tua

SHAH ALAM, 14 OKT: Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan berjumlah RM110,000 kepada 22 buah surau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua.

Sumbangan diserahkan Dato’ Seri Amirudin Shari itu untuk program pengimarahan dan setiap surau menerima RM5,000.

Majlis Sumbangan Kepada Surau-surau DUN Sungai Tua itu berlangsung di Surau Al Karimiah, Kampung Laksamana.

Amirudin yang tiba sekitar jam 8 malam turut menunaikan solat Isyak berjemaah bersama penduduk setempat di samping menasihatkan kariah untuk terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

 


Pengarang :