AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB ucap selamat menyambut perayaan Kuih Bulan

SHAH ALAM, 1 OKT: Dato’ Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut perayaan Kuih Bulan dan pesta Tanglung kepada seluruh komuniti Tionghua di Malaysia.

Menerusi ucapan yang disampaikan melalui Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan semua untuk kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Walaupun ramai di antara kita tidak dapat menghabiskan Festival Pertengahan Musim Luruh dengan keluarga tahun ini kerana pandemik Covid-19, saya percaya bahawa dengan menunjukkan perhatian dan kasih sayang, kita akan berusaha untuk memperkukuhkan hubungan keluarga kita untuk melalui masa-masa yang mencabar ini,” katanya.

 


Pengarang :