PBTSELANGOR

MPS laksana kempen tawaran kompaun RM20 dua bulan

SHAH ALAM, 2 OKT: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) melaksanakan kempen tawaran kompaun letak kereta RM20 selama dua bulan kepada pemilik kenderaan mempunyai tunggakan.

Yang dipertuanya berkata pembayaran boleh dibuat di kaunter lobi dan semua kaunter bergerak MPS di kawasan terpilih sepanjang kempen bermula dari 15 Oktober hingga 15 Disember depan.

“Jadi, saya menyeru kepada semua yang masih mempunyai kompaun tertunggak supaya mengambil peluang ini bagi mengelak tindakan penguatkuasaan diambil,” kata Shamsul Sharil Badliza Mohd Noor kepada SelangorKini.


Pengarang :