Siri setem definitif kebangsaan terbaharu Pos Malaysia yang mengabadikan keindahan dan kepelbagaian hidupan marin Malaysia. Foto Pos Malaysia
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Muzium Setem: Padat pelawa orang ramai sumbang koleksi

SHAH ALAM, 26 OKT: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) mempelawa orang ramai menyumbang koleksi setem untuk muzium yang sedang dibangunkan di Seksyen 14 di sini.

Unit perhubungan awamnya berkata muzium yang dijangka siap pada 2022 memerlukan koleksi setem dan filateli, peralatan serta dokumentasi sejarah perkhidmatan pos termasuk peta.

“Padat sedang giat mengumpul koleksi dari Malaysia dan dunia bagi pengisian muzium ini apabila ia siap dibina kelak, justeru kami mengalu-alukan sumbangan koleksi secara percuma, pinjaman atau sewaan,” menurut agensi itu dalam kenyataan.

Menurut perbadanan itu, surat perakuan dan sijil penghargaan khas akan diberi kepada individu yang menyumbang koleksi secara percuma.

Orang ramai boleh melayari laman web www.padat.gov.my atau hubungi Pegawai Penyelaras Muzium Setem Abdullah Anas Abu Bakar di talian 03-55190050 atau 019-233 3554 untuk maklumat lanjut.

Muzium Setem itu, yang pertama di Selangor dijadikan pusat rujukan berkaitan sejarah perkembangan aktiviti pos dan filateli negara.


Pengarang :