Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Foto Facebook Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT)
AGENSISELANGOR

Muzium Sultan Alam Shah dan lima lagi ditutup sehingga 27 Oktober

SHAH ALAM, 17 OKT: Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) menutup muzium di bawah pentadbirannya bermula Rabu lalu hingga 27 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.

Penutupan melibatkan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam; Muzium Sejarah Kuala Selangor; Muzium Insitu Jugra, Banting; Muzium Pertanian dan Perikanan Sabak Bernam; Istana Bandar, Kuala Langat serta Gedung Raja Abdullah, Klang.

“Tindakan ini sebagai langkah keselamatan kesihatan awam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Patuh tatacara operasi piawai (SOP) dan jaga penjarakan sosial,” katanya menerusi Facebook hari ini.

PKPB dilaksana di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Oktober.

Semalam negeri ini merekodkan 50 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 3,014 kes.


Pengarang :