Proses sanitasi di seluruh kawasan bangunan Kompleks PKNS Bangi dilakukan bagi mencegah penularan Covid-19 pada 21 Oktober 2020. Foto Facebook KOMPLEKS PKNS BANGI
AGENSISELANGOR

Pekerja bangunan PKNS Bangi positif Covid-19, proses sanitasi dijalankan

SHAH ALAM, 22 OKT: Kompleks PKNS Bangi mengesahkan seorang pekerja Restoran Cempaka Rimba di dalam bangunan tersebut disahkan positif Covid-19 pada 19 Oktober.

Pengurusan bangunan bagaimanapun berkata individu terlibat tidak datang ke premis perniagaan sejak 15 Oktober manakala restoran tersebut ditutup bagi proses sanitasi yang turut melibatkan seluruh kawasan Kompleks PKNS pada jam 10 malam tadi.

“Pihak pengurusan sentiasa memantau keadaan terkini dan akan melaksanakan langkah pencegahan seperti diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mencegah penularan Covid-19.

“Makluman terkini serta hebahan sewajarnya diberikan dari semasa ke semasa kepada pelanggan, penyewa, pengunjung serta komuniti,” katanya menerusi kenyataan.

Pengurusan kompleks mengingatkan pengunjung sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sebelum memasuki bangunan.


Pengarang :