Juwairiya Zulkifli (tengah) bersama sebahagian pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan pada Majlis Serahan Sumbangan Prihatin Covid-19 di Balai Raya Penghulu Mukim Pasangan pada 28 Oktober 2020. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNSELANGOR

Pendapatan terjejas, wakil rakyat bantu pendayung sampan kelip-kelip

SHAH ALAM, 28 OKT: Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati hari ini menghulurkan bantuan wang tunai dan keperluan asas kepada 35 pendayung Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan.

Juwairiya Zulkifli berkata sumbangan itu bagi meringankan beban mereka yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac.

Beliau menjelaskan keadaan bertambah parah apabila PKP Bersyarat dilaksana di seluruh negeri mulai 14 Oktober, yang kemudian dilanjut sehingga 9 November.

“Sumbangan ini inisiatif saya sendiri bagi membantu pendayung yang punca pendapatannya terjejas dan nasib mereka perlu diberi perhatian lebih,” katanya ketika dihubungi.

Sumbangan Prihatin Covid-19 di Balai Raya Penghulu Mukim Pasangan turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin.

Hadir sama, Pegawai Pelancongan Majlis Daerah Kuala Selangor Shazlan Hakim Mazalan dan Penghulu Mukim Pasangan Shahrul Affendi.


Pengarang :