AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pengguna terjejas digesa ambil bantuan alternatif pili awam

SHAH ALAM, 5 OKT: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyaran pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas bekalan supaya mendapatkan bantuan alternatif di pili awam.

Ketua komunikasi korporatnya berkata ia berikutan bantuan melalui lori tangki air diutamakan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan bantuan bekalan air bersih di Pusat Khidmat Setempat (PKS) disediakan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi masih belum beroperasi sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah Sungai Semenyih.

Menurutnya sehingga 7.30 pagi, pencemaran di muka sauk LRA Bukit Tampoi berada pada tahap lima TON (Nombor Bau Nilai Ambang) manakala LRA Sungai Semenyih tujuh TON.

“Dalam tempoh lebih 14 jam ini, Air Selangor tidak dapat menghasilkan air sebanyak 602 juta liter sehari untuk dibekalkan kepada pengguna di 274 kawasan dan pemulihan gangguan bekalan tidak berjadual tidak dapat ditentukan sehingga kini,” katanya.

Senarai kawasan pili awam dan PKS seperti berikut:

1) Petaling
Lokasi PKS
– Kota Damansara (Dewan MBPJ, Jalan Nuri Seksyen 7)
– Sungai Buloh (Jalan Kubu Gajah, Tmn Seri Buloh U19/1A)
– Taman Bukit Kuchai (Jalan 23, Tmn Bkt Kuchai)
– PJS (Jalan PJS 1/25, Berdekatan Gelangang Futsal) –
– USJ 4/5
– Taman Wawasan
– PSK 9, Seri Kembangan

Lokasi Pili Awam
– Masjid Puchong Perdana
– Depoh MPSJ TP2, hadapan depoh MPSJ
– USJ 3A
– Kompleks 3K SS 13

2) Hulu Langat
Lokasi PKS
– Berdekatan Masjid Kariah Bangi, Jalan Bangi Lama, Bangi
– Berhadapan Kedai Nasi Kukus To’we, Jalan Kesuma 3/1 Bandar Tasik Kesuma, Beranang

Lokasi Pili Awam
– Berhampiran Petronas Unikeb, Jalan 1/1 Bdr Baru Bangi

3) Kuala Langat
Lokasi PKS
– Petronas Olak Lempit
– Jalan Gangsa TPG

Lokasi Pili Awam
– Di hadapan Tangki Air Bandar Sungai Emas, Jalan Emas 15, Bandar Sungai Emas
– Di hadapan Masjid Al-Islah, Kampung Sawah, Banting

4) Sepang
Lokasi PKS
– Putrajaya Central, bersebelahan dengan stesen ERL/Hospital
– Masjid Taman Putra Perdana, Puchong

Lokasi Pili Awam
– Pekan Salak, landmark: Pasar Awam Pekan Salak Putrajaya
– Pasar Pekan Dengkil, landmark: Pasar Awam Pekan Dengkil
– Taman gemilang, landmark: Dewan Orang Ramai Taman Gemilang


Pengarang :