Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari memberikan maklum balas dalam sidang media berhubung isu pencemaran bau Sungai Selangor di Bangunan SUK Selangor, Shah Alam pada 21 Oktober 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Penjara mandatori langkah cegah pencemaran air – MB

SHAH ALAM, 21 OKT: Hukuman penjara mandatori ditetapkan bagi pesalah pencemaran berikutan ia merupakan kesalahan berat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hukuman itu akan menjadi faktor pencegahan bagi menghalang mana-mana pihak melakukan kesalahan terhadap sumber air.

“Memandangkan kesalahan di bawah Seksyen 79 merupakan suatu kesalahan yang berat jadi hukuman penjara telah dijadikan hukuman mandatori,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini, Amirudin dalam sidang media memaklumakn Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (Luas) bakal dipinda dengan memperuntukkan denda maksimum RM1 juta dan penjara tiga tahun terhadap pencemar air.

Ketika ini Enakmen Luas 1999 hanya memperuntukkan denda maksimum RM500,000 serta tidak menggerunkan pihak berkaitan di negeri ini.

Cadangan berkenaan bakal dibentang dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang berlangsung pada awal November.


Pengarang :