Dato’ Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di Dewan Negeri Selangor pada 30 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji

SHAH ALAM, 30 OKT: Penjawat awam Gred 54 ke bawah menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji yang akan dibayar pada 29 Disember 2020.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif kali kedua pada tahun ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM16.5 juta.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini, beliau berkata insentif RM1,000 sebelum ini diberi kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah pada 9 Jun lalu.

“Untuk menghargai usaha serta komitmen para penjawat awam negeri yang tidak kenal erti penat lelah bersama-sama memakmurkan negeri, sukacitanya saya mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kali kedua untuk tahun ini,” katanya.


Pengarang :