Kelompok pertama jururawat dari Semenanjung yang dihantar membantu pasukan perubatan di Sabah pada 2 Okt 2020. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah
AGENDANASIONAL

Perjuangan barisan hadapan di Sabah capai tahap kritikal – KP kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkan perjuangan petugas barisan hadapan dalam menentang pandemik Covid-19 di Sabah kini mencapai tahap kritikal.

Beliau berkata beberapa strategi dan pendekatan akan diambil untuk memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan di negeri itu.

“Strategi kami berdasarkan kepada pemantauan komuniti, pengesanan kontak dengan mencari, menguji, mengasing dan merawat semua individu yang dijangkiti serta memutuskan rantaian jangkitan seterusnya dengan memperketat sempadan negeri dan daerah,” katanya menerusi hantaran Twitter, hari ini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 561 kes baharu di negara ini dengan Sabah mencatatkan jumlah tertinggi, sebanyak 488 kes.

-BERNAMA


Pengarang :