AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

PKPB: Hanya enam orang dibenar solat berjemaah – Jais

SHAH ALAM, 15 OKT: Had bilangan jemaah untuk mendirikan solat fardu berjemaah di masjid dan surau tidak melebihi enam individu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Shahzihan Ahmad berkata jumlah itu termasuk muazzin dan imam yang bakal memimpin solat.

“Pentadbir masjid dan surau boleh menjadualkan mana-mana pegawai atau ahli jawatankuasa untuk bertugas serta ahli kariah tempatan terpilih untuk hadir berjemaah.

“Semua pihak yang hadir hendaklah mematuhi semua tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan oleh Jais,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, jabatan berkenaan menangguhkan semua solat Jumaat, fardu berjemaah dan aktiviti di masjid serta surau di negeri ini susulan PKPB.

Penangguhan membabitkan 425 masjid, 278 surau kebenaran solat Jumaat dan 1,747 surau.

 


Pengarang :