Seorang pekerja restoran membungkus makanan pelanggan pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan di sebuah restoran sekitar pusat bandar Shah Alam pada 14 Oktober 2020. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

PKPB: Kerajaan Negeri guna SOP ditetapkan MKN

SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan Negeri memutuskan untuk melaksanakan keseluruhan tatacara operasi piawai (SOP) seperti digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di seluruh Selangor bagi menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober.

Dato’ Menteri Besar berkata keputusan tersebut turut terpakai di mukim Klang dan secara automatik SOP khusus terdahulu terbatal.

“Semoga rakyat Selangor terus patuh dengan SOP demi memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PKPB di Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjelaskan Kerajaan Negeri turut bersetuju memperincikan beberapa perkara yang tidak disebutkan dalam SOP antaranya:

1. Aktiviti pasar pagi dibenarkan tertakluk kepada SOP yang sama seperti pasar malam.

2. Penggunaan taman permainan dan peralatan senaman di taman awam tidak dibenarkan sama sekali.

3. Upacara pendaftaran perkahwinan bukan Muslim dibenarkan tetapi tidak melebihi enam orang pada satu-satu masa.

 

 


Pengarang :