PBTSELANGOR

PKPB: Perpustakaan MBSA ditutup hingga 9 November

SHAH ALAM, 29 OKT: Semua perpustakaan kelolaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditutup sehingga 9 November ini susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Majlis itu memaklumkan proses tersebut antaranya membabitkan Perpustakaan Anggerik Vanilla Kota Kemuning, Perpustakaan Anggerik Mokara Seksyen U5 dan Perpustakaan Anggerik Aranda Seksyen 19.

“Pemulangan buku boleh dilakukan selepas perpustakaan dibuka semula dan tiada caj denda lewat dikenakan.

“Orang ramai dinasihatkan terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dan melakukan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan agar rantaian Covid-19 dapat diputuskan,” katanya menerusi kenyataan.


Pengarang :