AGENSISELANGOR

PKPB: Perpustakaan Wakaf Mais terima pengunjung melalui tempahan

SHAH ALAM, 26 OKT: Perpustakaan Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hanya menerima pengunjung yang membuat tempahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Mais kaedah berkenaan bagi memastikan jumlah pengunjung dapat dikawal seterusnya mengurangkan interaksi sosial dalam mengekang penularan Covid-19.

“Waktu operasi bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang dan pengunjung dimohon membuat tempahan bagi waktu kunjungan diinginkan melalui panggilan telefon ke Perpustakaan Wakaf Mais di talian 03-55108631,” menurut agensi itu dalam kenyataan.

Memulakan operasi pada 2008 di Wisma Mais, Sekyen 3, Shah Alam, Perpustakaan Wakaf Mais menjadi tempat strategik bagi pembentukan masyarakat berilmu dan membudayakan amalan membaca dalam kehidupan.

Sejak diwujudkan, perpustakaan ini banyak berbakti kepada masyarakat dengan pelbagai program dijalankan bersama pelajar pengajian awam, sekolah, tadika selain menjadi tempat rujukan orang awam dan penyelidik.


Pengarang :