Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berucap dan melancarkan butik Tanjung Seri di Isetan KLCC, Kuala Lumpur pada 8 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Rakyat perlu patuh SOP, hanya keluar jika perlu – EXCO

SHAH ALAM, 20 OKT: EXCO kesihatan menggesa rakyat terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) susulan jangkitan Covid-19 masih merekodkan bilangan kes melebihi 800.

Exco kesihatan berkata pematuhan SOP perlu dilaksanakan rakyat secara menyeluruh  tanpa mengira zon kerana wabak itu kini mula merebak dalam komuniti.

“Ini kerana wabak berkenaan sudah berada dalam komuniti kita, orang ramai juga tidak digalakkan keluar sekiranya tiada urusan mendesak, keluar bila perlu sahaja.

“Tidak dinafikan saya lihat masih ramai yang leka dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sepatutnya penduduk perlu membayangkan situasi sama seperti PKP pada Mac lalu, hadkan pergerakan anda,” kata Dr Siti Mariah Mahmud kepada SelangorKini.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 865 kes baharu Covid-19, kali ketiga berturut-turut merekodkan bilangan kes melebihi 800 dengan 871 kes pada 18 Oktober dan 869 kes pada 17 Oktober.

Manakala Selangor merekodkan 107 kes baharu, juga merekodkan peningkatan berbanding 77 kes kelmarin.


Pengarang :