AGENDANASIONAL

Ringgit dibuka tinggi 4.1510/1560 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas mata wang Amerika Syarikat (AS) itu diniagakan dalam trajektori turun naik berikutan harapan baharu mengenai rangsangan di AS.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1510/1560 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 semasa ditutup semalam.

Presiden AS Donald Trump dalam twitter semalam menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menandatangani Stand Alone Bill bagi Cek Rangsangan sebanyak AS$1,200.

Ambank Research berkata ringgit dijangka diniagakan pada paras sokongan antara 4.1378 dan 4.1443, manakala, paras halangan antara 4.1691 dan 4.1779.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata peniaga memantau pasaran berikutan peningkatan semula kes Covid-19, yang telah mendorong kepada peraturan mobiliti sosial yang ketat berhubung amalan kesihatan yang lebih selamat.

“Kita dapat menyaksikan satu lagi sesi yang suram berikutan cuti umum sempena Minggu Emas di China dan dagangan yang lengang secara amnya susulan peniaga tidak memasuki pasaran pada minggu ini dan memantau pilihan raya Presiden AS,” katanya.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0531/0579 daripada 3.0567/0608 semalam, naik berbanding euro kepada 4.8832/8904 daripada 4.8854/8930 semalam, dan tinggi berbanding yen kepada 3.9142/9193 daripada 3.9161/9219 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit tempatan merosot berbanding pound kepada 5.3631/3700 daripada 5.3529/3610.

– BERNAMA


Pengarang :