Yang Dipertua MPK Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin meninjau lokasi pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas, Klang pada 24 Oktober 2020. Foto MPK
AGENDANASIONAL

RM1 juta bina kebuk sampah kampung tradisi

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM1 juta diperuntuk bagi membina kebuk sampah di kampung tradisi untuk mengawal pembuangan sampah yang boleh memudaratkan rakyat dan alam sekitar.

Dato’ Menteri Besar berkata isu longgokan sampah tidak terkawal di kawasan kampung dan pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab masih menjadi ancaman terhadap kelestarian alam sekitar.

“Masalah longgokan sampah tidak dikawal mendatangkan bau busuk, sampah berterabur apabila diselongkar haiwan liar yang mencari makanan sehingga masalah lebih serius seperti pencemaran sungai.

“Ini berlaku apabila air sampah dari longgokan sampah memasuki aliran longkang dan memasuki sungai,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Beliau berkata terdapat Loji Rawatan Air (LRA) yang terpaksa ditutup apabila berlaku pencemaran bau ekoran daripada masalah longgokan sampah.

Katanya, penutupan LRA menyebabkan rakyat perlu menghadapi gangguan bekalan air.


Pengarang :