AGENDANASIONAL

RM26.4 juta bangunkan sektor pertanian

SHAH ALAM, 30 OKT: Kerajaan Selangor memperuntuk RM26.4 juta bagi membangunkan sektor pertanian dengan menggariskan lima teras utama.

Dato’ Menteri Besar berkata teras itu meliputi pertanian bernilai tinggi, mesra alam dan lestari, penggunaan teknologi dan internet untuk segalanya, pembangunan modal insan dan agropelancongan.

“Kesemuanya untuk memastikan golongan petani mendapat pulangan pendapatan lumayan selain menggalakkan lebih ramai menceburi sektor pertanian,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian menumpukan pertanian bernilai tinggi yang mampu memberi hasil lumayan di kawasan kecil.

Amirudin berkata fokus turut meliputi penggunaan teknologi yang dapat menghasilkan pulangan tinggi untuk kawasan terhad seperti fertigasi, hidroponik, teknik filem nutrien, kilang tanaman, teknologi persekitaran terkawal dan akuaponik.


Pengarang :